BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN BAB 4 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN
(1) Mahkamah boleh, setelah mendengar penghutang penghakiman yang hadir menurut suatu notis penghakiman di bawah seksyen 180, membuat suatu perintah pengkomitan bagi tempoh yang tidak melebihi tiga puluh hari atau mengubah perintah yang disebut dalam seksyen 178 sebagaimana yang difikirkannya adil.
(2) Jika suatu perintah pengkomitan dibuat, Mahkamah boleh mengarahkan supaya pelaksanaan perintah itu digantung dengan atau tanpa syarat untuk membolehkan penghutang penghakiman membayar amaun yang mengenainya perintah itu dibuat.