ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH



Seksyen 11. Keahlian Majlis

(1) Majlis hendaklah terdiri daripada ahli-ahli yang berikut :
(2) Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan ahli-ahli lain yang dilantik di bawah perenggan (1)(d) hendaklah beragama Islam dan dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri atas syor Menteri bagi apa-apa tempoh, tidak melebihi tiga tahun, sebagaimana yang ditentukan oleh Yang di-Pertua Negeri.

(3) Seseorang ahli yang tempoh jawatannya telah tamat boleh dilantik semula.

(4) Jika pada bila-bila masa orang yang memegang jawatan yang disebut dalam subperenggan (1)(c) (i), (ii), (iii) atau (v) bukan orang Islam, Yang di-Pertua Negeri hendaklah melantik seorang pegawai lain yang beragama Islam yang paling kanan selepasnya dari Jabatan atau Kementerian yang sama dengan orang itu untuk menjadi ahli bagi menggantikan orang itu.

(5) Tiap-tiap orang yang, sebaik sebelum seksyen ini mula berkuat kuasa, adalah Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau ahli yang dilantik bagi Majlis terdahulu hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini, masing-masing terus menjadi Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau ahli Majlis sehingga tempoh pelantikannya tamat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.