ENAKMEN 11 TAHUN 1991
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1991

BAHAGIAN V - NAZIR SEKOLAH AGAMA



Seksyen 19. Jemaah Pengurusan, guru-guru dan pekerja-pekerja hendaklah membantu Nazir Sekolah.

(1) Mana-mana anggota Jemaah, guru atau pekerja Sekolah Agama hendaklah memberi segala kemudahan kepada mana-mana Nazir Sekolah Agama atau mana-mana orang yang diberi kuasa untuk menjalankan pemeriksaan dan hendaklah memberi segala maklumat dan mengemukakan segala buku akaun dan lain-lain dokumen yang mungkin dikehendaki.

(2) Mana-mana orang yang gagal mematuhi mana-mana peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.