ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VI - Beban Membukti



Seksyen 79. Beban membuktikan kematian orang yang diketahui masih hidup dalam masa tiga puluh tahun dahulunya.

Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, apabila soalnya ialah sama ada seseorang masih hidup atau telah mati dan keterangan ada ditunjukkan bahawa orang itu masih hidup dalam masa tiga puluh tahun dahulunya, maka beban membuktikan bahawa dia telah mati adalah terletak pada orang yang mendakwa demikian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.