ENAKMEN 7 TAHUN 1999
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 1999

BAHAGIAN VIII - KUASA-KUASA MAJLIS



Seksyen 38. Manfaat atau faedah daripada wakaf khas atau am.

(1) Manfaat atau faedah daripada sesuatu wakaf khas, hendaklah digunakan mengikut syarat-suarat yang ditentukan oleh waqif melainkan syarat-syarat yang bertentangan dengan Hukum Syarak.

(2) Manfaat atau faedah daripada tiap-tiap wakaf am hendaklah dibayar kepada dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Wakaf.

(3) Jika, disebabkan berlalu masa atau berlaku perubahan keadaan, syarat-syarat mana-mana wakaf tidak dapat secara berfaedah dilaksanakan dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki oleh waqif, Majlis hendaklah menyediakan suatu rancangan bagi menggunakan manfaat atau faedah yang terlibat itu dengan suatu cara yang sehampir mungkin yang seakan-akan sama sebagaimana yang dikehendaki oleh waqif, dan hendaklah melaksanakan sewajarnya:

Dengan syarat Majlis boleh mengarahkan manfaat dan faedah itu ditambah kepada dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Wakaf.

(4) Jika syarat-syarat mana-mana wakaf adalah sedemikian rupa di mana cara penggunaan harta, manfaat atau faedah tidak dinyatakan, atau tiada ketentuan tentang cara bagaimana ia hendak digunakan, Majlis boleh mengarahkan supaya harta, manfaat atau faedah itu ditambahkan kepada dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Wakaf.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.