ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VI - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 3 - PENYEMAKAN



Seksyen 169. Kuasa untuk memerintah siasatan lanjut.

Semasa memeriksa mana-mana rekod di bawah seksyen 168, Mahkamah yang menjalankan bidangkuasa penyemakan bolehlah mengarah Mahkamah yang berkenaan untuk membuat, dan Mahkamah itu hendaklah membuat, apa-apa siasatan lanjut sebagaimana yang diarahkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.