ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI DAN ANAK



Seksyen 60. Kewajipan menanggung nafkah anak dan lain-lain.

(1) Kecuali jika suatu perjanjian itu hilang atau suatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, seorang lelaki adalah berkewajipan menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seorang lain dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan dan pelajaran sebagaimana yang menasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya.

(2) Kecuali seperti tersebut di atas, seorang yang bertanggungan di bawah Hukum Syarak adalah berkewajipan menanggung nafkah atau memberi sumbangan kepada nafkah anak jika bapa anak itu telah mati atau hilang atau jika dan sekadar mana bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.