ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
Pihak Berkuasa Dalam Hal Ehwal Agama.



Seksyen 31. Fatwa.

(1) Mufti boleh atas daya usahanya sendiri atau atas permintaan daripada mana-mana orang yang dibuat dengan surat yang dialamatkan kepada Mufti, dan hendaklah atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat dan memberitahu dalam Warta fatwa atau pendapat atas sesuatu soalan yang belum terputus atau soalan yang menimbulkan pertikaian mengenai atau yang berkaitan dengan Hukum Syara'.

(2) Tiada sesuatu kenyataan yang dibuat oleh Mufti boleh dianggap sebagai fatwa kecuali dan sehingga ianya diwartakan mengikut subseksyen (1).

(3) Sebaik sahaja diwartakan dalam Warta,sesuatu fatwa hendaklah mengikat orang Islam yang tinggal di Negeri Selangor sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi kewajipannya mengikuti dan berpegang dengan fatwa itu, kecuali ia dibenarkan oleh Hukum Syara', menyimpang dari fatwa itu dalam hal kewajipan peribadi, kepercayaan atau pendapat.

(4) Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua Mahkamah dalam Negeri Selangor sebagai yang penuh berkuasa dalam perkara yang ditetapkan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.