ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN DAN PENALTI



Seksyen 39. Tiada apa-apa jua boleh menyentuh kuasa Majlis untuk membuat perintah.

(1) Tiada apa-apa jua dalam seksyen 35, 36, 37 dan 38 boleh menyentuh kuasa Majlis untuk memerintahkan mana-mana orang yang melanggar seksyen tersebut—

(2) Jika orang yang disebut dalam subseksyen (1) gagal mematuhi perintah Majlis, Majlis boleh membuat aduan bertulis kepada Mahkamah dan Mahkamah hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang itu hadir di hadapan Mahkamah dan apabila orang itu atau ingkar hadir, dan penyampaian saman sewajarnya telah dibuktikan, Mahkamah hendaklah terus mendengar aduan itu dan boleh—

(3) Mahkamah boleh membuat suatu perintah di bawah perenggan (2)(b) sama ada atau tidak apa-apa pendakwaan telah dimulakan terhadap orang bagi atau yang berhubungan dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1).

(4) Jika mana-mana orang gagal mematuhi perintah yang dibuat di bawah perenggan (2)(b), Majlis boleh melaksanakan perintah itu termasuk mendapatkan apa-apa kos yang dilakukan melalui tindakan sivil sebagai suatu hutang yang kena dibayar kepada Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.