ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 163. Rayuan terhadap pembebasan orang yang tertuduh boleh ditangkap.

Apabila sesuatu rayuan dikemukakan terhadap pembebasan, Mahkamah Rayuan Syariah boleh mengeluarkan waran mengarahkan orang yang dituduh ditangkap dan dibawa ke hadapannya, dan boleh menahannya di penjara sementara rayuan itu diselesaikan atau membenarkan jaminan kepadanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.