ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN XI - PERUNTUKAN PERALIHAN



Seksyen 56. Perakuan Mawquf bagi wakaf yang dibuat sebelum permulaan kuat kuasa Enakmen ini.

(1) Majlis hendaklah mengeluarkan suatu Perakuan Mawquf bagi apa-apa mawquf yang didaftarkan di bawah subseksyen 54(1) dan (2) dan seksyen 55.

(2) Perakuan Mawquf hendaklah menjadi keterangan prima facie di dalam mana-mana Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil tentang kesahan wakaf tanpa bukti selanjutnya.

(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini yang boleh menjadikan tidak sah apa-apa wakaf, sama ada didaftarkan atau tidak, yang berkenaan dengannya Perakuan Mawquf telah tidak dikeluarkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.