ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992


JADUAL KEDUA.
(Seksyen 232)

BORANG-BORANG

I - BON DAN BON JAMINAN SELEPAS TANGKAPAN DI BAWAH SUATU WARAN

Saya ................................................. dari ............................... telah dihadapkan di Mahkamah ........................ di ...................................................... di bawah suatu waran yang dikeluarkan untuk memaksa kehadiran saya untuk menjawab kepada pertuduhan ......................................... sesungguhnya dengan ini mengikat diri saya untuk hadir di Mahkamah di ..................................................... pada ....................haribulan....................seterusnya, untuk menjawab kepada pertuduhan tersebut, dan untuk menyambung untuk menghadiri sehingga kecuali diarahkan oleh Mahkamah, dan sekiranya saya ingkar, saya adalah terikat untuk lucuthak kepada Yang di-Pertuan Besar bagi jumlah ....................................................ringgit.

Tarikh .......................haribulan ............... 19 .......
................................................
Orang yang dituduh


Saya (atau kami) dengan ini mengisytiharkan bahawa saya (atau kami) penjamin (atau penjamin-penjamin) bagi ............................ ....................................... yang dinamakan di atas dan .................................................... bahawa dia akan hadir di hadapan Mahkamah ................................................ di ................................... pada .................. haribulan ............... seterusnya, untuk menjawab pertuduhan yang mana dia telah ditangkap, dan hendaklah terus menghadirinya sehingga diarahkan selainnya oleh Mahkamah, dan, jika dia mengingkarinya, saya (atau kami) dengan ini mengikat diri saya (atau kami, bersama-sama) untuk lucuthak kepada Yang di-Pertuan Besar bagi jumlah ........................................................ ringgit.

Bertarikh pada ................ haribulan .............
.........................................
Penjamin (Penjamin-penjamin)


II - WARAN PERTAMA KALI UNTUK MENGEMUKAKAN SAKSI

Kepada Ketua Polis Negera, dan semua Pegawai Polis yang lain/Pegawai Penguasa Agama.

Bahawasanya aduan telah dibuat di hadapan saya bahawa .............................................. daripada ..................................... telah (atau telah disyaki atau disyaki telah) melakukan kesalahan ........................................... dan didapati mungkin bahawa .................................... daripada .......................... boleh memberi keterangan berkaitan aduan tersebut, dan bahawasanya Mahkamah ada mempunyai alasan yang baik dan mencukupi untuk mempercayai bahawa dia tidak akan hadir sebagai saksi pada pendengaran aduan tersebut kecuali dipaksa berbuat demikian.

Ini adalah untuk memberi kuasa dan menghendaki kamu untuk menangkap ............................ tersebut dari ................. dan pada ...................................... haribulan ..................19 ............... untuk membawa dia ke hadapan Mahkamah ................... di ...................................... untuk diperiksa mengenai kesalahan yang diadukan itu.

Diperbuat di bawah tandatangan saya dan meterai Mahkamah pada ................ haribulan ................... 19..........

(METERAI)
................................
Hakim

III - BON UNTUK BERKELAKUAN BAIK

BAHAWASANYA saya ........................................................... tinggal di ........................................................... telah dipanggil untuk melaksanakan satu bon untuk berkelakuan baik kepada Yang di-Pertuan Besar dan kepada semua orang di Malaysia untuk tempoh selama ........................................ Saya dengan ini mengikat diri saya untuk berkelakuan baik kepada Yang di-Pertuan Besar dan semua orang di Malaysia semasa tempoh tersebut dan sekiranya saya ingkar, saya adalah terikat untuk lucuthak kepada Yang di-Pertuan Besar bagi jumlah ...................................... ringgit.

Bertarikh pada .....................haribulan ............ 19 ............

...............................
Orang yang dituduh

Apabila bon dengan penjamin-penjamin perlu dilaksanakan, tambah:

Kami dengan ini mengesahkan diri kami, sebagai penjamin-penjamin kepada penama di atas ....................................... bahawa dia akan berkelakuan baik kepada Yang di-Pertuan Besar dan kepada semua orang di Malaysia selama tempoh tersebut dan sekiranya dia ingkar kami dengan ini mengikat diri kami secara bersama dan berasingan untuk lucuthak kepada Yang di-Pertuan Besar bagi jumlah .................................. ringgit.

Bertarikh pada ........... haribulan ................ 19 ..............
..................................
Tandatangan

IV - PERINTAH UNTUK MENUNJUK SEBAB

BAHAWASANYA maklumat telah diterima oleh saya (di sini nyatakan kandungan mengenai maklumat yang diterima).

Adalah dengan ini diperintah bahawa ........................................ untuk hadir di Mahkamah di ................................. pada ........................haribulan................. 19............... pada jam ................ untuk menunjuk sebab mengapa dia tidak boleh diperintahkan untuk melaksanakan satu bon untuk diri berkelakuan baik dalam jumlah ................................ ringgit untuk berkuatkuasa bagi tempoh ....................... bulan dengan ............................. penjamin-penjamin yang mencukupi (di sini nyatakan sifat dan kelas bagi penjamin yang diperlukan)

Diperbuat di bawah tandatangan saya dan meterai Mahkamah, pada ............. haribulan ................ 19 .......


(METERAI)
.........................
Hakim

V - LAPORAN PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA

Kepada Ketua Pendakwa Syarie.

1. Pada jam ...............haribulan ..................... 19............ saya terima maklumat melalui ......................... daripada ........................................... bahawa ............................................ telah berlaku di ........................................................... dan ........................................... orang yang berkenaan atau disyaki dalam kes tersebut, (dan jumlah wang terlibat dalam laporan itu adalah sebanyak .....................................).

2. Saya telah meneruskan tindakan sebagaimana diperincikan dalam buku harian penyiasatan yang dilampirkan.

3. Saya mengesahkan fakta-fakta berikut .................................................................................. ...........................................................................................................................

4. Saya telah memeriksa saksi-saksi berikut yang mana kenyataannya dikembarkan bersama-sama repot ini. Orang yang bertanda "B" di bawah satu bon untuk hadir dalam Mahkamah.

5. Dokumen-dokumen berikut yang dilampirkan bersama-sama laporan ini adalah tambahan kepada kenyataan daripada saksi-saksi.

Bilangan Buku Harian Penyiasatan .......................

6. Saya berpendapat bahawa kesalahan ................................ telah dilakukan dan orang-orang berikut adalah berkaitan dengannya .............................

7. Saya ada sebab untuk mempercayai bahawa orang-orang yang berikut selain daripada orang yang dituduh yang belum lagi ditangkap boleh menolong kes ini tetapi saya tidak dapat memeriksa mereka atas alasan-alasan yang dinyatakan di sini ..................................................................................

8. Barang-barang yang dinyatakan di bawah yang telah didapati atau diperolehi adalah ekshibit-ekshibitnya.
.................................................................................................................................

Bertarikh pada ......... haribulan ..............19 ...........
..........................................
Pegawai Penguatkuasa Agama


VI - WARAN PENGKOMITAN KE ATAS HUKUMAN PENJARA ATAU DENDA

Kepada Pegawai yang menjaga Penjara di ...........................

Bahawasanya pada ................ haribulan ........................ banduan ............................... (Pertama, Kedua, Ketiga, mengikut mana yang berkenaan) dalam kes No. ................. di Mahkamah .................. di ........................ telah disabitkan di Mahkamah ini atas kesalahan .................... di bawah seksyen .................................................. (atau seksyen-seksyen) dan telah dijatuhkan hukuman ......................................................................................

Ini adalah untuk memberi kuasa dan menghendaki kamu, Pegawai yang berkenaan, untuk menerima ................................ yang tersebut dalam jagaan kamu, bersama dengan waran ini, dan melaksanakan hukuman tersebut di atas menurut undang-undang.

Diberi bawah tandatangan saya dan meterai Mahkamah, pada..................... haribulan .................... 19 ...............

(METERAI)
................................
Hakim
VII - SAMAN KEPADA SAKSI

Kepada ............................... di ...............................

Bahawasanya aduan telah dibuat di hadapan saya bahawa ................................. di.............................................. telah (atau disyaki telah) melakukan kesalahan (nyatakan kesalahan dengan tepat, dengan masa dan tempat) dan saya mendapati bahawa kamu mungkin boleh memberi keterangan material berhubung dengan perkara yang diadukan tersebut:

Kamu adalah dengan ini disaman supaya hadir di Mahkamah ...................................... di .................................... pada ............................ haribulan ............... 19........ seterusnya, untuk memberi keterangan apa yang kamu ketahui tentang perkara yang diadukan itu, dan tidak boleh pulang tanpa kebenaran Mahkamah; dan kamu adalah dengan ini diberi amaran bahawa sekiranya kamu, tanpa sebab-sebab yang munasabah, cuai atau enggan hadir pada tarikh tersebut, satu waran akan dikeluarkan untuk memaksa kehadiran kamu.

Diberi bawah tandatangan saya dan meterai Mahkamah pada ........... haribulan ............ 19 ............


(METERAI)

...................................................
Hakim

VIII - BON UNTUK KEHADIRAN DAN MENERIMA PENGHAKIMAN

Bahawasanya saya .................................................... yang tinggal di ....................................... telah dipanggil untuk melaksanakan satu bon untuk hadir di Mahkamah ........................................ di .......................................... jika dan apabila dipanggil untuk menerima penghakiman Mahkamah tersebut bagi kesalahan ........................................ yang mana saya telah disabitkan dan pada masa yang sama supaya berkelakuan baik, saya dengan ini mengikat diri saya supaya hadir pada ................ haribulan ............19.............., di Mahkamah tersebut atau di mana-mana yang saya dikehendaki hadir, dan pada masa yang sama supaya berkelakuan baik dan menjaga keamanan kepada Yang di-Pertuan Besar dan semua orang di Malaysia; dan sekiranya saya ingkar mana-mana syarat tersebut saya dengan ini mengikat diri saya kepada Yang di-Pertuan Besar sejumlah ........................................... ringgit.

Bertarikh pada ................. haribulan ............... 19 ................

Jika bon dengan penjamin-penjamin dilaksanakan, tambah:

Kami dengan ini mengisytiharkan diri kami sebagai penjamin-penjamin kepada ............................. yang dinamakan di atas supaya dia akan hadir di Mahkamah .................................................. pada ................. haribulan................. 19........... atau pada bila-bila beliau dikehendaki, dan bahawa dia pada masa yang sama berkelakuan baik dan menjaga keamanan kepada Yang di-Pertuan Besar dan kepada semua orang dalam Malaysia, dan sekiranya dia ingkar mana-mana syarat yang dikenakan didalamnya, kami mengikat diri kami, bersama-sama dan berasingan, untuk lucuthak kepada Yang di-Pertuan Besar sejumlah ....................................................................... ringgit.

Bertarikh pada ..................haribulan.................... 19...............

........................................
Penjamin (Penjamin-penjamin)


IX - WARAN PENGKOMITAN DALAM KES-KES TERTENTU MENGENAI PENGHINAAN BILA DENDA DIKENAKAN.

Kepada Pegawai Yang Menjaga Penjara di ...............................

BAHAWASANYA di Mahkamah yang diadakan di hadapan saya pada hari ini ............................... dengan kehadiran (atau pandangan) Mahkamah sengaja melakukan penghinaan.

Dan bahawasanya untuk penghinaan tersebut .................................... telah dihukum oleh Mahkamah untuk membayar denda sebanyak ........................................ ringgit, atau jika ingkar dihukum dengan penjara untuk jangkamasa .................
Ini adalah untuk memberi kuasa dan menghendaki kamu untuk menerima ......................... tersebut ke dalam jagaan kamu, bersama-sama waran ini, dan menyimpan dia dengan selamatnya dalam penjara bagi tempoh............................. tersebut, kecuali denda tersebut dibayar lebih awal; dan di atas penerimaan tersebut, serta-merta membebaskannya, mengembalikan waran itu dengan catatan mengesahkan cara pelaksanaannya.

Diperbuat di bawah tandatangan saya dan Meterai Mahkamah pada ............. haribulan..............19.............

(METERAI)

...............................
Hakim

X - WARAN PENGKOMITAN SAKSI YANG ENGGAN MENJAWAB

Kepada Pegawai Yang Menjaga Penjara di ....................................

BAHAWASANYA ............................ daripada ............................ telah disaman (atau dibawa ke hadapan Mahkamah ini) sebagai saksi dan hari ini dikehendaki untuk memberi keterangan di atas perbicaraan dalam kesalahan yang dikatakan, enggan menjawab soalan tertentu (atau soalan-soalan tertentu) yang dikemukakan kepadanya berkaitan dengan kesalahan yang dikatakan tersebut, dan dicatatkan dengan sempurna, tanpa menyatakan apa-apa alasan untuk keenganan tersebut, dan untuk penghinaan ini telah diputuskan tahanan dalam jagaan untuk ..........................................................

Ini adalah untuk memberi kuasa dan menghendaki kamu untuk mengambil...................... di dalam jagaan, dan menyimpan dia dengan selamatnya dalam jagaan kamu untuk tempoh ................. hari, kecuali dalam masa itu dia memberi persetujuan untuk diperiksa dan untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan kepadanya dan pada hari terakhir tersebut yang dinyatakan, atau serta-merta pada masa persetujuan tersebut diketahui, untuk di bawanya ke Mahkamah ini untuk diuruskan menurut undang-undang; mengembalikan waran ini; dengan catatan memperakui cara perlaksanaan.

Diperbuat di bawah tandatangan saya dan meterai Mahkamah pada ............. haribulan.................19.............

(METERAI)

.........................
Hakim

XI - WARAN UNTUK MELEPASKAN ORANG YANG DIPENJARAKAN KERANA KEGAGALAN MEMBERI JAMINAN

Kepada Pegawai Yang Menjaga Penjara di ...........................................

Bahawasanya ........................................ dari .............................................. telah dikomitkan dalam jagaan kamu di bawah waran Mahkamah ini yang bertarikh pada ................................... haribulan ................................... 19 ................ dan selepas itu bersama penjamin (atau penjamin-penjaminnya) telah melaksanakan satu bon di bawah Enakmen ini.

Ini adalah untuk memberi kuasa dan menghendaki kamu dengan serta-merta untuk melepaskan ......................................... yang tersebut dari jagaan kamu, kecuali dia adalah liable untuk ditahan untuk beberapa perkara yang lain.

Diperbuat di bawah tandatangan saya dan meterai Mahkamah pada .............. haribulan.................19.............

(METERAI)

.........................
Hakim

XII - NOTIS KEPADA PENJAMIN KERANA PERLANGGARAN BON

Kepada ................................. daripada .....................

Bahawasanya pada ............... haribulan .................... 19 ........... kamu menjadi penjamin untuk ....................... daripada ................................................. bahawa dia hendaklah hadir di Mahkamah ini pada ................... haribulan............ 19 ......... dan mengikat diri kamu sekiranya gagal yang sedemikian itu, untuk lucuthak sejumlah ..................................... ringgit kepada Yang di-Pertuan Besar, dan bahawasanya ................................................ yang tersebut telah gagal untuk hadir di Mahkamah ini, dan oleh kerana kegagalan tersebut kamu telah lucuthak sejumlah .................................................................. yang tersebut:

Kamu adalah dikehendaki supaya membayar penalti tersebut atau menunjuk sebab, dalam tempoh .......................... hari dari tarikh ini, mengapa pembayaran jumlah tersebut tidak sepatutnya dikuatkuasakan ke atas kamu.

Diperbuat di bawah tandatangan saya dan meterai Mahkamah pada ........................ haribulan.............................19.............

(METERAI)

................................................
Hakim
XIII - NOTIS KEPADA PENJAMIN MENGENAI LUCUTHAK BON UNTUK BERKELAKUAN BAIK

Kepada ...................................... daripada................

Bahawasanya pada ...................................... haribulan ..................... 19 .......... kamu menjadi penjamin melalui satu bon untuk
..................................... daripada .................... bahawa dia akan berkelakuan baik bagi tempoh .........................................., dan mengikat diri kamu sekiranya gagal yang sedemikian itu untuk lucuthak sejumlah .................................................................. ringgit kepada Yang di-Petuan Besar, dan bahawasanya ................................................................................... yang tersebut telah disabitkan atas kesalahan ................................................................. yang dilakukan, sejak kamu menjadi penjaminnya, di mana sekuriti bon kamu telah terlucuthak:

Kamu adalah dikehendaki supaya membayar penalti tersebut sebanyak ............................................... ringgit atau menunjuk sebab dalam tempoh .................................... hari mengapa ia tidak sepatutnya dibayar.

Diperbuat di bawah tandatangan saya dan meterai Mahkamah pada ............... haribulan..................19.............

(METERAI)

..................................
Hakim

XIV - WARAN PENGKOMITAN PENJAMIN MENGENAI ORANG YANG DITUDUH YANG DIBENARKAN JAMINAN

Kepada Pegawai Yang Menjaga Penjara di ..............................................

Bahawasanya ............................................. daripada .............................. telah mengikat dirinya sebagai penjamin bagi kehadiran ........................................................ (nyatakan syarat-syarat jaminan di sini) dan ............................................ yang tersebut telah gagal dimana penalti yang disebut dalam bon tersebut telah dilucuthak kepada Yang di-Pertuan Besar, dan bahawasanya .............................................................. yang tersebut telah selepas notis yang sewajarnya diberi kepadanya, gagal untuk membayar jumlah tersebut atau menunjukkan apa-apa sebab yang mencukupi kenapa bayaran tersebut tidak sepatutnya dikuatkuasakan terhadapnya, dan perkara yang sama tidak boleh diperolehi melalui tahanan atau penjualan hartaalih kepunyaannya, dan satu perintah telah dibuat untuk memenjarakannya di Penjara Sivil untuk ...........................................

Ini adalah untuk memberi kuasa dan menghendaki kamu .........................., untuk menerima .................................... yang tersebut dalam jagaan kamu dengan waran ini, dan menyimpan dia dengan selamatnya dalam Penjara tersebut untuk tempoh .................................. yang tersebut, dan untuk mengembalikan waran ini bersama dengan catitan yang memperakui cara perlaksanaannya.

Diperbuat di bawah tandatangan saya dan Meterai Mahkamah pada ........................ haribulan................19.............

(METERAI)

...................................
Hakim


XV - WARAN MEMENJARA ATAS LUCUTHAK JAMINAN UNTUK KELAKUAN BAIK

Kepada Pegawai Yang Menjaga Penjara di ......................................

BAHAWASANYA ............................... daripada .......................pada .................. haribulan .................... 19 .......... telah memberi sekuriti melalui jaminan bagi jumlah .................................................. ringgit untuk berkelakuan baik bagi ............................................ dan bukti pelanggaran jaminan tersebut telah diberi di hadapan saya dan dicatatkan dengan sempurna ....................... di mana ......................................... tersebut telah lucuthak kepada Yang di-Pertuan Besar bagi jumlah ................................... ringgit: dan bahawasanya dia telah gagal untuk membayar jumlah tersebut atau untuk menunjuk sebab mengapa jumlah tersebut tidak boleh dibayar, walaupun telah dipanggil untuk berbuat demikian, dan pembayarannya tidak boleh dilaksanakan melalui penahanan hartanya, dan satu perintah telah dibuat bagi memenjarakan ................................... di Penjara Sivil bagi tempoh masa .............................................

Ini adalah untuk memberikuasa dan menghendaki kamu ................................. untuk menerima ................................ di dalam jagaan kamu, bersama-sama waran ini, dan menyimpan dia dengan selamatnya di Penjara ................................. untuk tempoh .......................................; dan mengembalikan waran ini dengan catatan yang mengesahkan cara perlaksanaannya.

Diperbuat di bawah tandatangan saya dan meterai Mahkamah pada .............. haribulan.............19.............


(METERAI)

................................................
Hakim



XVI - BORANG PETISYEN RAYUAN


Dalam ...........................................................................
Kepada Hakim Mahkamah Tinggi/Rayuan Syariah.
Petisyen ..........................................................(nama pempetisyen)
Menunjukkan seperti berikut:

1. Pempetisyen yang dinamakan di atas, telah dituduh di bawah .............................................. dan disabitkan (dibebaskan) di Mahkamah ...................................... yang diadakan di ...................................................... pada ............ haribulan ....................... 19 .............., dan perintah yang berikut telah dijatuhkan: (nyatakan secara ringkas kandungan penghakiman atau hukuman)

2. Pempetisyen tidak berpuashati dengan penghakiman atas alasan-alasan yang berikut: (nyatakan butir-butir alasan rayuan yang mana perayu bergantung).

3. Pempetisyen, merayu supaya penghakiman atau hukuman boleh diakaskan atau satu perintah dibuat sebagaimana dikehendaki oleh keadilan.
...................................
Perayu


XVII - BENTUK WARAN UNTUK MENGEMUKAKAN BANDUAN, DLL.

Kepada Pegawai Yang menjaga Penjara di ..........................................

Kamu adalah dengan ini dikehendaki untuk mengemukakan ...................................................... seorang banduan di (nama Penjara) atau sekarang dalam tahanan di (nama tempat tahanan) atau sekarang di bawah jagaan kamu, ke hadapan Mahkamah ............... di ...................................... pada ................................... haribulan ....................................., pada pukul ............... pagi/petang, untuk diuruskan menurut undang-undang dan kecuali .................................... yang tersebut hendaklah dan yang demikian diperintahkan oleh Mahkamah supaya dilepaskan, menyebabkan dia, selepas Mahkamah tersebut telah mengecualikan kehadirannya seterusnya, untuk membawanya kembali ke Penjara tersebut dengan cara selamatnya (atau tempat tahanan lain).

Bertarikh pada ................... haribulan ............. 19 ............

................................................
Hakim

XVIII - WARAN UNTUK MENGEMUKAKAN BANDUAN UNTUK MEMBERI KETERANGAN

Kepada Pegawai Yang Menjaga Penjara di ................................

Kamu adalah dengan ini dikehendaki untuk mengemukakan .......................... sekarang seorang banduan dalam jagaan kamu di hadapan Mahkamah ....................................... di ....................... pada ...............haribulan ................, pada pukul ....................... pagi/petang, untuk memberi testimoni dalam sesuatu pertuduhan atau pendakwaan yang masih dalam perbicaraan di hadapan Mahkamah ini terhadap ................................................ dan selepas sahaja ................................................. yang tersebut telah memberi testimoni di hadapan Mahkamah atau Mahkamah ini telah mengecualikan kehadirannya seterusnya, menyebabkan dia di bawa kembali ke Penjara tersebut dengan cara selamatnya.

DIperbuat di bawah tandatangan saya dan meterai Mahkamah pada ............... haribulan..............19.............


(METERAI)

...............................
Hakim


Diluluskan pada 31hb Ogos 1992.
ABDULLAH SANI BIN ABD. HAMID,
Setiausaha,
Dewan Undangan Negeri,
Negeri Sembilan Darul Khusus.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.