ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN 'ADAT MELAYU PERAK



Seksyen 25. Permohonan cuti oleh Yang Dipertua dan anggota lain.

(1) Jika Yang Dipertua mengjangka dia tidak akan berada di Malaysia selama lebih daripada tiga puluh hari, dia hendaklah memohon cuti daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh memberikan apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkan patut oleh Baginda.

(2) Jika mana-mana anggota Majlis menjangka dia tidak akan berada di Malaysia selama lebih daripada tiga puluh hari, dia hendaklah memohon cuti daripada Yang Dipertua.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.