ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994
BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
Seksyen 13. Pembatalan perlantikan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan boleh membatalkan perlantikan mana-mana ahli Majlis -
(
a
) jika kelakuannya sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai ahli Majlis atau sebaliknya telah memburukkan nama Majlis; atau
(
b
) jika dia, dengan sesuatu sebab, tidak boleh menjalankan tugas jawatannya dengan sempurna; atau
(
c
) jika dia, tanpa sebarang alasan yang dibenarkan oleh Yang Dipertua, tidak hadir di dalam tiga kali Mesyuarat Majlis dengan berturut-turut; atau
(
d
) di atas apa-apa sebab yang difikirkan patut dan munasabah pada pandangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.