ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 86. Memanggil balik saksi-saksi apabila pertuduhan itu diubah.

Apabila sesuatu pertuduhan telah diubah atau ditambah oleh Mahkamah selepas daripada bermulanya pembicaraan itu, maka Pendakwa dan orang yang dituduh hendaklah dibenarkan memanggil atau menyaman semula dan memeriksa berhubung dengan perubahan dan tambahan itu mana-mana juga saksi yang telah diperiksa boleh juga memanggil mana-mana keterangan mutahak selanjutnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.