ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN XXV - PELBAGAI



Seksyen 236. Larangan ke atas pegawai Mahkamah

Tiada seorang pun pegawai Mahkamah boleh menjadi penjamin, atau menandatangani apa-apa resit atau dokumen atau menerima apa-apa wang bagi atau bagi pihak mana-mana pihak dalam apa-apa prosiding di Mahkamah, atau membuat tawaran atau selainnya menjadi pembeli secara langsung atau tak langsung di mana-mana penjualan oleh Mahkamah.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.