ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996
BAHAGIAN XIV - KETERANGAN
BAB 3 - AFIDAVIT
Seksyen 113. Membuat afidavit.
Suatu afidavit yang hendak digunakan di dalam apa-apa prosiding di dalam Mahkamah hendaklah diikrarkan-
(a)
di dalam Negeri, di hadapan mana-mana Hakim atau Pendaftar atau mana-mana pegawai yang diberikuasa secara bertulis oleh Ketua Pendaftar;
(b)
di Negeri-negeri lain dalam Malaysia, di hadapan mana-mana Hakim Syarie atau Kadi atau Pendaftar; dan
(c)
di mana-mana tempat di luar Malaysia, di hadapan mana-mana pegawai Islam di pejabat Kedutaan Malaysia, Suruhanjaya Tinggi, Pejabat Konsul atau Suruhanjaya Perdagangan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.