ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (SELANGOR) 1999
BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN BENEFISIARI
Seksyen 25. Wasiat untuk anak dalam kandungan lebih dari seorang, dsb.
Jika seseorang perempuan yang mengandung melahirkan, sama ada pada satu masa atau pada masa yang berlainan yang lapnya adalah kurang daripada enam bulan, dua atau lebih anak, wasiat hendaklah-
(a)
dibahagi sama rata antara mereka, melainkan disyaratkan sebaliknya dalam wasiat itu;
(b)
jika salah seorang daripada mereka dilahirkan mati, anak yang hidup itu hendaklah berhak kepada semua wasiat itu, melainkan disyaratkan sebaliknya dalam wasiat itu; dan
(c)
jika mana-mana seorang anak itu mati selepas dilahirkan dan sekiranya wasiat itu adalah berhubungan dengan korpus harta, bahagiannya hendaklah berpindah kepada waris-warisnya, dan dalam hal wasiat yang berhubungan dengan manfaat, bahagiannya hendaklah diserahkan kepada waris-waris pewasiat
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.