ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VIII - SURAT GUAMAN



Seksyen 62. Butir-butir.

(1) Jika mana-mana surat guaman tidak mengandungi butir-butir yang cukup, Mahkamah boleh dengan sendirinya atau atas permohonan mana-mana pihak memerintah pihak yang bertanggungjawab untuk memfail dan menyebabkan disampaikan butir-butir lanjut dan lebih baik, dan boleh menggantung semua prosiding sehingga perintah itu dipatuhi.

(2) Butir-butir lanjut dan lebih baik boleh difail dan disampaikan atas permintaan tanpa perintah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.