ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 28. Pelantikan Ketua Pendaftar, Pendaftar, Timbalan dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh melantik mana-mana pegawai awam yang berkelayakan untuk menjadi Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju' Orang Islam bagi maksud Enakmen ini yang hendaklah mempunyai penyeliaan dan kawalan an ke atas Pendaftar Kanan, Pendaftar, Timbalan dan Penolong Pendaftar dan semua perkara yang berkaitan dengan pendaftaran perkahwinan, perceraian dan ruju' di bawah Enakmen ini.

(2) Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh melantik beberapa orang yang berkelayakan sebagaimana yang perlu, untuk menjadi Pendaftar Kanan, Pendaftar, Timbalan dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam bagi mana-mana kariah masjid dalam Negeri Perak Darul Ridzuan sebagaimana yang ditentukan dalam pelantikan itu.

(3) Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, melantik mana-mana anggota staf diplomatik Malaysia di mana-mana negara untuk menjadi Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju' Orang Islam bagi maksud Enakmen ini di negara itu.

(4) Tiap-tiap orang yang dilantik di bawah subseksyen (2) yang bukan pegawai awam hendaklah disifatkan sebagai pegawai awam bagi maksud Kanun Keseksaan [Akta 574].




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.