ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN IV - PENALTI DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNG DENGAN AKADNIKAH DAN PENDAFTARAN PERNIKAHAN



Seksyen 34. Membetulkan kesilapan.

(1) Jika Pendaftar berpuashati melalui ikrar atau atas alasan lain bahawa suatu catitan berhubung dengan pernikahan adalah silap pada bentuk atau isinya, ia boleh, di hadapan orang-orang yang bernikah itu, atau jika mereka tiada, di hadapan dua orang saksi yang boleh dipercayai, membetulkan kesilapan itu dengan memotong catitan dalam Sijil yang silap itu dan membuat catitan yang betul di dalamnya dan ia hendaklah selepas itu mengarahkan supaya catitan dalam Daftar Daerah dibetulkan dengan sewajarnya.

(2) Pendaftar hendaklah menandatangani dan mentarikhkan pembetulan yang dibuat dalam Sijil itu dan dalam Daftar Daerah itu.

(3) Suatu salinan pembetulan itu yang diperakui hendaklah dihantar dengan segera kepada Ketua Pendaftar supaya suatu pembetulan yang serupa dibuat dalam Daftar Pusat.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.