ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN VII
BAB XXIX - PERKARA AM



Seksyen 229. Perintah untuk membayar pampasan.

(1) Mahkamah di hadapan mana seseorang telah disabitkan atas mana-mana kesalahan boleh memerintah supaya dia membayar sejumlah wang yang ditetapkan oleh Mahkamah sebagai pampasan kepada mana-mana orang atau wakil mana-mana orang itu yang telah mengalami kerosakan mengenai tubuh badan, watak atau harta disebabkan oleh kesalahan yang mana hukuman itu telah dijatuhkan.

(2) Mahkamah hendaklah menentukan kepada siapa jumlah wang yang ditetapkan sebagai pampasan itu harus dibayar dan peruntukan seksyen 230 hendaklah terpakai kepada mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen ini.

(3) Setakat jumlah yang dibayar kepada seseorang atau wakil orang itu di bawah perintah membayar pampasan, apa-apa tuntutan orang itu atau wakil orang itu untuk gantirugi oleh sebab kesalahan itu hendaklah dianggap sebagai telah diberi dengan penuhi, akan tetapi perintah itu hendaklah tidak memprejudiskan mana-mana hak untuk remidi sivil untuk mendapat balik mana-mana harta atau untuk mendapat gantirugi melebihi amaun pampasan yang dibayar oleh perintah itu.

(4) Rayuan boleh dibuat terhadap sesuatu perintah yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah di bawah seksyen ini kepada Mahkamah Tinggi Syariah.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.