ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN SURATAN
ANGGAPAN TENTANG SURATAN



Seksyen 62. Anggapan tentang salinan yang diperakui.

(1) Mahkamah hendaklah menganggap sebagai tulin tiap-tiap suratan yang berupa sebagai suatu perakuan, salinan yang diperakui atau lain-lain suratan, yang ditetapkan oleh undang-undang boleh diterima sebagai keterangan mengenai sesuatu nyataan yang tertentu dan yang berupa sebagai diperakui oleh mana-mana pegawai Kerajaan di dalam atau di luar Malaysia yang diberi kuasa memperakuinya.

Dengan syarat bahawa suratan itu adalah pada asasnya mengikut bentuk dan berupa sebagai disempurnakan secara yang diarahkan oleh undang-undang bagi maksud itu.

(2) Mahkamah hendaklah juga menganggap bahawa mana-mana pegawai yang olehnya sesuatu suratan itu berupa sebagai ditandatangani atau diperakui telah memegang, pada masa ia menandatangani, jawatan rasmi yang ia nyatakan di dalam suratan ltu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.