ENAKMEN 3 TAHUN 1987
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1987

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 69. Nafkah yang kena dibayar di bawah perintah Mahkamah tidak boleh dipindahkan hak miliknya.


Nafkah yang kena dibayar kepada seseorang di bawah sesuatu perintah Mahkamah tidak boleh diserah hak atau dipindah milik atau kena ditahan, diasingkan, atau dikenakan levi untuk, atau berkenaan dengan, apa-apa hutang atau tuntutan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.