ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN SURATAN
ANGGAPAN TENTANG SURATAN



Seksyen 67. Anggapan tentang surat kuasa wakil.

Mahkamah hendaklah menganggap bahawa tiap-tiap suratan yang berupa sebagai surat kuasa wakil, dan sebagai telah disempurnakan di hadapan serta disahkan oleh Hakim Mahkamah Syariah, atau pegawai bahagian konsul Persekutuan di luar negara telah disempurnakan serta disahkan dengan demikian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.