ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
PERMULAAN KEPADA PERKAHWINAN



Seksyen 22. Catatan dalam Daftar Perkahwinan.

(1) Selepas sahaja akadnikah sesuatu perkahwinan dilakukan, Pendaftar hendaklah mencatatkan butir-butir yang ditetapkan di dalam Daftar Perkahwinan.

(2) Catatan itu hendaklah diakusaksi oleh pihak-pihak kepada perkahwinan itu, oleh wali, dan oleh dua orang saksi, selain daripada Pendaftar, yang hadir semasa perkahwinan itu diakadnikahkan.

(3) Catatan itu hendaklah kemudiannya ditandatangani oleh Pendaftar itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.