ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXVII - ORANG TAK SEMPURNA AKAL



Seksyen 218. Prosedur di mana banduan yang tidak sempurna akal dilaporkan boleh membela diri.

Apabila mana-mana orang yang ditahan di hospital mental di bawah peruntukan seksyen 213, dan mana-mana dua orang daripada pelawat-pelawat dan Penguasa Perubatan di situ bersama-sama memperakui bahawa dalam pendapat orang itu boleh membela dirinya, dia hendaklah dibawa ke hadapan Hakim, pada masa sebagaimana yang ditetapkan oleh Hakim, dan Hakim hendaklah meneruskan perbicaraan itu dan perakuan pelawat dan Penguasa Perubatan seperti tersebut di atas hendaklah diterima sebagai keterangan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.