ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN VIII - SURAT GUAMAN ( PLIDING )



Seksyen 55. Tuntutan-balas.

(1) Tiap-tiap tuntutan-balas hendaklah mengandungi perkara dan butir-butir yang sama seperti pernyataan tuntutan dan hendaklah ditandatangani oleh defendan atau Peguam Syarienya.

(2) Suatu tuntutan-balas tidak boleh dibuat terhadap mana-mana orang yang pada ketika itu bukan pihak dalam tindakan, tetapi, jika suatu tindakan balas dibuat, suatu perintah penyatuan boleh dibuat dalam kes-kes tertentu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.