ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVI - RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 147. Prosedur semasa pendengaran.

(1) Apabila rayuan hendak dimulakan untuk pendengaran, perayu atau Peguam Syarie hendaklah didengar terlebih dahulu untuk menyokong rayuannya, kemudian Responden atau Peguam Syarienya hendaklah didengar terhadapnya, dan pihak merayu hendaklah diberi hak menjawab.

(2) Jika perayu atau Peguam Syarienya tidak hadir untuk menyokong rayuannya Mahkamah bolehlah menimbangkan rayuannya dan boleh membuat apa-apa perintah sebagaimana ia fikir patut:

Dengan syarat bahawa Mahkamah boleh menolak untuk mempertimbangkan rayuan atau membuat apa-apa perintah berkenaan dengan kes di mana perayu berada di luar bidangkuasa atau dia tidak menghadirkan dirinya sendiri di hadapan Mahkamah menurut syarat yang dikenakan ke atasnya apabila dia dibenarkan jaminan, kecuali atas syarat-syarat sebagaimana yang difikirkan patut dikenakan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.