ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996

BAHAGIAN 3 - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 7 - SAKSI



Seksyen 86. Bilangan saksi.

(1) Dakwaan oleh seseorang yang dikenali sebagai kaya bahawa dia telah menjadi papa adalah tidak mencukupi bagi membuktikan dakwaannya melainkan jika ia disokong oleh tiga orang saksi lelaki.

Huraian - Dalam pungutan zakat, pengakuan oleh seorang kaya bahawa dia telah menjadi papa tidaklah menjadi bukti yang mencukupi melainkan ia disokong oleh keterangan tiga orang saksi lelaki.

(2) Dalam hal melihat anak bulan, keterangan seorang lelaki yang adil adalah mencukupi bagi membuktikan fakta itu.

(3) Keterangan seorang lelaki hendaklah menjadi bukti yang cukup dalam hal keadaan yang berikut---
(4) Keterangan seorang perempuan adalah mencukupi bagi membuktikan apa-apa fakta yang biasanya dilihat oleh atau dalam pengetahuan seorang perempuan.

MISALAN
(5) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam seksyen ini, keterangan hendaklah diberikan oleh dua orang saksi lelaki atau seorang saksi lelaki dan dua orang saksi perempuan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.