ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEMERIKSA AGAMA DAN KUASA-KUASA MENYIASAT
BAB IV



Seksyen 62. Penggeledahan oleh Pemeriksa Agama.

(1) Apabila seseorang Pemeriksa Agama yang membuat penyiasatan memikirkan bahawa apa-apa dokumen atau benda lain adalah perlu bagi menjalankan penyiasatan atas apa-apa kesalahan yang dia berkuasa menyiasat dan ada sebab mempercayai bahawa orang yang kepadanya saman atau perintah di bawah seksyen 41 itu telah atau mungkin dikeluarkan tidak akan atau tidak mungkin menunjukkan dokumen atau benda lain itu sebagaimana diarahkan dalam saman atau perintah itu atau apabila dokumen atau benda lain itu tidak diketahui ada dalam milik mana-mana orang, maka pegawai itu boleh menggeledah atau menyebabkan penggeledahan dibuat untuk mendapatkan dokumen atau benda itu di mana-mana tempat.

(2) Pegawai tersebut hendaklah, jika boleh menjalankan penggeledahan itu sendiri.

(3) Jika dia tidak berupaya menjalankan penggeledahan itu sendiri dan tiada seorang lain yang layak membuat penggeledahan itu hadir pada waktu itu, dia boleh meminta mana-mana pegawai bawahannya membuat penggeledahan itu, dan dia hendaklah menyerahkan kepada pegawai bawahan itu suatu perintah bertulis menyatakan dokumen atau benda lain yang hendak dicari itu dan tempat yang hendak digeledah dan pegawai bawahan itu bolehlah kemudiannya mencari barang tersebut di tempat yang disebutkan.

(4) Peruntukan-peruntukan Enakmen ini mengenai waran-waran penggeledahan hendaklah, setakat mana yang boleh, dipakai kepada penggeledahan yang dibuat di bawah seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.