ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MENYIASAT
BAB VI



Seksyen 64. Laporan Pegawai Penguatkuasa Agama.

(1) Tiap-tiap penyiasatan di bawah Bab ini hendaklah disempurnakan tanpa kelewatan yang tidak munasabah, dan sebaik sahaja ia disempurnakan pegawai yang membuat penyiasatan itu hendaklah, melainkan jika kesalahan itu adalah dari jenis yang Ketua Pendakwa Syarie telah mengarahkan tidak perlu dilaporkan kepadanya, menghantarkan kepada Pendakwa Syarie suatu laporan dengan menyatakan nama pihak, keadaan maklumat, dan nama orang yang mengetahui hal keadaan kes itu.

(2) Ketua Pendakwa Syarie boleh pada bila-bila masa dengan perintah bertulis mengarahkan bahawa tiada apa-apa laporan perlu dihantarkan kepadanya dalam kes-kes dari jenis yang dinyatakan dalam perintah itu, dan boleh pada bila-bila masa mengubah atau membatalkan perintah itu




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.