ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain -

"Hakim" ertinya Hakim Syarie yang dilantik di bawah Enakmen Mahkamah Syariah 1992 [En. No 14/1992.];

"Hudud" ertinya hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah atau Hadith;


"Hukum Syarak" mempunyai erti yang sama sebagaimana diberi dalam Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992 [En. No 13/1992.];

"
liwat" ertinya perhubungan jenis di antara lelaki dengan lelaki;

"Mahkamah" ertinya Mahkamah Syariah yang ditubuhkan di bawah Enakmen Mahkamah Syariah 1992 [En. No 14/1992.];

"Majlis" mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992 [En. No 13/ 1992.];

"muncikari" ertinya seorang yang menjalankan perkerjaan sebagai orang tengah di antara seseorang perempuan dengan seorang lelaki bagi tujuan-tujuan yang menyalahi Hukum Syarak;

"muquaddimah zina" ertinya perbuatan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang sampai ke puncak perbuatan zina;

"musahaqah" ertinya perhubungan jenis di antara perempuan dengan perempuan;

"percubaan persetubuhan haram" ertinya perbuatan-perbuatan di antara lelaki dan perempuan yang mendorong kepada perzinaan;

"persetubuhan syubhah" ertinya persetubuhan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan dengan anggapan bahawa mereka adalah suami-isteri yang sah tetapi ternyata kemudiannya bahawa mereka bukan suami-isteri yang sah mengikut Hukum Syarak;

"qazaf" ertinya tuduhan berzina terhadap seseorang;

"taz'ir" ertinya kesalahan yang tidak ditetapkan oleh Al-Quran atau Hadith;

"takfir" ertinya mengkafirkan orang Islam;

"zina" ertinya persetubuhan haram selain daripada rogol dan persetubuhan syubhah antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang bukannya suami-isteri.


(2) Jika timbul sebarang persoalan atau pertikaian dalam mentafsir sesuatu perkataan, atau ungkapan mengenai Hukum Syarak maka adalah dalam bidangkuasa Mahkamah yang membicarakannya itu untuk memberi tafsiran kepada perkataan, perbahasaan atau rangkaikata sedemikian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.