ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN IV - KESALAHAN



Seksyen 48. Tidak menunaikan sembahyang Jumaat atau sembahyang lima waktu.

(1) Seseorang lelaki yang telah mencapai umur baligh tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dalam kariahnya tiga kali berturut-turut dengan ketiadaan uzur Syarie adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Seseorang Islam tanpa uzur Syarie dengan niat dan sengaja mengabaikan kewajipan sembahyang lima waktu adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.