ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - PIHAK-PIHAK



Seksyen 21. Pemulihan kerana kemungkiran.

Apabila sesuatu permohonan patut dibuat di bawah seksyen 20 dan tidak dibuat dalam tempoh masa yang munasabah, Mahkamah boleh dengan usulnya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak memerintah pihak atau orang berkenaan supaya membuat permohonan dalam suatu tempoh masa tertentu, dan jika kemungkiran berlaku boleh menolak prosiding itu atau memerintahkan supaya pihak atau orang berkenaan dihindarkan daripada membela, mengikut yang mana berkenaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.