ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 48. Pelantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan, selepas berunding dengan Ketua Hakim Syarie, boleh melantik daripada kalangan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan atau perkhidmatan awam Negeri Perak Darul Ridzuan, Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

(2) Tiap-tiap pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Warta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.