ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986
BAHAGIAN VII - KESALAHAN-KESALAHAN
Seksyen 200. Bertindak salah sebagai Imam, Khatib, atau Bilal dalam sembahyang Jumaat.
Barang siapa bertindak sebagai Imam, Khatib, atau Bilal berhubung dengan penunaian mana-mana sembahyang Jumaat, dengan menyalahi seksyen 169 adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.