ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 9 - PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNGAN DENGAN TESTIMONI SAKSI



Seksyen 123. Pemeriksaan terbuka.

(1) Hakim boleh memerintahkan seseorang saksi diperiksa dalam Mahkamah terbuka walaupun saksi itu telah tertakluk kepada pemeriksaan rahsia dan didapati adil oleh pemeriksa rahsia itu.

(2) Suatu pemeriksaan terbuka seseorang saksi hendaklah dijalankan oleh pemeriksa rahsia itu dalam Mahkamah terbuka di hadapan Hakim dalam kehadiran pihak-pihak kepada prosiding itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.