ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVIII- TINDAKAN MENGENAI BEBERAPA KESALAHAN BERKENAAN PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 156. Kuasa mengurangkan hukuman.

Apabila sesebuah Mahkamah di bawah seksyen 153 telah menghukumkan seorang pesalah kerana enggan atau tidak membuat apa-apa yang dia telah dengan sahnya dikehendaki membuat atau dengan sengaja menghina atau mengganggu Mahkamah itu boleh, atas budibicaranya, melepaskan pesalah itu atau mengurangkan hukuman itu apabila orang itu telah mematuhi perintah atau permintaan Mahkamah atau jika dia telah meminta maaf dengan memuaskannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.