ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN VII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 192. Khalwat.

(1) Mana-mana orang lelaki yang didapati bersekediaman atau bersekedudukan, atau berkurung atau bersembunyi, atau bercumbu-cumbuan, atau duduk berhampiran di mana-mana tempat yang mendatangkan syak, dengan mana-mana perempuan, sama ada perempuan itu beragama Islam atau tidak, selain daripada isterinya yang sah menurut Hukum Syara' atau seorang perempuan yang tertegah di atasnya bernikah menurut Hukum Syara' kerana keturunan, persemendaan, atau susuan, adalah melakukan kesalahan khalwat dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Mana-mana orang perempuan yang didapati bersekediaman atau bersekedudukan, atau berkurung atau bersembunyi, atau bercumbu-cumbuan, atau duduk berhampiran di mana-mana tempat yang mendatangkan syak, dengan mana-mana lelaki, sama ada lelaki itu beragama Islam atau tidak, selain daripada suaminya yang sah menurut Hukum Syara' atau seorang lelaki yang tertegah di atasnya bernikah menurut Hukum Syara' kerana keturunan, persemendaan, atau susuan, adalah melakukan kesalahan khalwat dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(3) Mahkamah bolehlah, jika difikirkan patut, memerintahkan bahawa mana-mana perempuan yang disabitkan kesalahannya di bawah seksyen ini dimasukkan ke mana-mana rumah kebajikan yang diluluskan oleh Jabatan bagi maksud pemulihan untuk selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.