ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 3 - PROSES MAHKAMAH UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Waran Penangkapan



Seksyen 34. Waran: kepada siapa diarahkan.

(1) Sesuatu waran tangkap hendaklah biasanya diarahkan kepada Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan semua Pegawai Penguatkuasa Agama yang lain, dan mana-mana pegawai tersebut boleh melaksanakan waran itu di mana-mana tempat dalam Negeri Pulau Pinang.

(2) Mahkamah yang mengeluarkan waran itu boleh mengarahkannya kepada Ketua Polis Negara dan semua pegawai polis lain di Negeri Pulau Pinang atau mana-mana orang yang dinamakan, yang bukan seorang Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis, dan semua atau mana-mana satu atau lebih daripada orang itu boleh melaksanakan waran itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.