ENAKMEN 12 TAHUN 1993
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"Hakim Syariah" ertinya Hakim Mahkamah Syariah yang dilantik di bawah Enakmen ini termasuk Ketua Hakim Syariah, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah;


"Hukum Syarak" ertinya Undang-undang Islam mengikut peruntukan seksyen 142 Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1978 [En. 14/78];

"Ketua Pendaftar" ertinya Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah yang dilantik di bawah seksyen 23;


"Ketua Pendakwa Syar'i" ertinya Ketua Pendakwa Syar'i yang dilantik di bawah seksyen 20;

"Mahkamah" atau " Mahkamah Syariah" ertinya Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 5;


"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam Negeri Johor yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1978 [En. 14/78];

"Pegawai Penguatkuasa Agama" ertinya Ketua Penguatkuasa Agama , termasuk Penolong Penguatkuasa Agama yang dilantik di bawah seksyen 21;

"Pendaftar" ertinya Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah yang dilantik di bawah seksyen 23;

"Penolong Pendaftar" ertinya Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah yang dilantik di bawah seksyen 23;

"Timbalan Pendakwa Syar'i" ertinya Timbalan Pendakwa Syar'i yang dilantik di bawah seksyen 23.

(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan di dalam Enakmen ini dan yang tidak ditakrifkan dengan tertentu di dalamnya tetapi ditakrifkan dalam Akta-Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya masing-masing setakat mana ia tidak bertentangan dengan Hukum Syarak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.