ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002
BAHAGIAN IX - MEMELUK AGAMA ISLAM
Seksyen 105. Keupayaan untuk memeluk agama Islam.
Bagi maksud Bahagian ini, seseorang yang tidak beragama Islam boleh memeluk agama Islam jika dia sempurna akal dan-
(
a
) sudah mencapai umur lapan belas tahun; atau
(
b
) jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaganya mengizinkan pemelukan agama Islam olehnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.