ENAKMEN 17 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Kesahtarafan Anak



Fasal 118. Mengakui seorang lain sebagai ibu atau bapa.

Jika seseorang mengakui seorang lain sebagai bapa atau ibunya, maka pengakuan itu, jika disetujui atau disahkan oleh orang yang diakui itu, sama ada dalam masa hayat atau selepas kematian orang yang mengakui itu, adalah menjadi suatu perkeluargaan yang sah, setakat mana perhubungan di antara bapa atau ibu dengan anak itu sahaja, dengan syarat bahawa memandang kepada umur orang yang membuat pengakuan dan umur orang yang diakui itu maka adalah munasabah orang yang diakui itu menjadi ibu atau bapa kepada orang yang mengakui sedemikian.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.