ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994
BAHAGIAN II - BUKTI
BAB V - KETERANGAN DOKUMENTAR
Seksyen 53. Kaedah tentang notis supaya mengemukakan.
Keterangan sekunder mengenai kandungan dokumen yang tersebut dalam subseksyen (1)
(a)
seksyen 52 tidak boleh diberi melainkan jika pihak yang bercadang hendak memberi keterangan sekunder itu telah terlebih dahulu memberi kepada pihak yang ada memiliki atau ada di bawah kuasanya dokumen itu, atau kepada peguam syarienya, suatu notis supaya mengemukakannya sebagaimana ditetapkan oleh undang-undang; dan jika sekiranya tiada notis ditetapkan oleh undang-undang, maka notis itu hendaklah sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah menurut hal keadaan kes itu:
Dengan syarat bahawa notis itu tidaklah dikehendaki bagi menjadikan keterangan sekunder boleh diterima dalam mana-mana hal yang berikut atau dalam mana-mana hal lain yang Mahkamah fikirkan patut ia dikecualikan-
(a)
apabila dokumen yang hendak dibuktikan itu adalah sendirinya suatu notis;
(b)
apabila daripada keadaan kes itu pihak lawan tentu sekali tahu yang dia akan dikehendaki mengemukakannya;
(c)
apabila jelas atau dibuktikan bahawa pihak lawan telah memperolehi miIikan naskah asal itu melalui fraud atau kekerasan;
(d)
apabila pihak lawan atau wakiInya ada mempunyai naskah asal dalam Mahkamah;
(e)
apabila pihak lawan atau wakilnya telah mengaku dokumen itu telah hilang; atau
(f)
apabila orang yang memiliki dokumen itu berada di luar kuasa atau tidak tertakluk kepada proses Mahkamah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.