ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang dan Harta



Seksyen 94. Pelantikan penjaga-penjaga oleh Mahkamah.

(1) Jika tidak ada penjaga-penjaga di sisi undang-undang, maka kewajipan bagi melantik seseorang penjaga untuk memperlindungi dan memelihara harta kanak-kanak belum dewasa itu adalah terletak pada Mahkamah dan semasa membuat sesuatu pelantikan Mahkamah hendaklah terutama sekali memberi pertimbangan-pertimbangan kepada kebajikan kanak-kanak belum dewasa itu.

(2) Pada menimbangkan apakah akan menjadi kebajikan bagi kanak-kanak belum dewasa itu, Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang umur dan jantina kanak-kanak belum dewasa itu, watak dan kebolehan penjaga yang dicadangkan itu dan bagaimana karibnya persaudaraan penjaga yang dicadangkan dengan kanak-kanak belum dewasa itu; kemahuan-kemahuan, jika ada, ibu bapanya yang telah mati, dan apa-apa hubungan penjaga yang dicadangkan itu yang sedia ada dan yang dahulu dengan kanak-kanak belum dewasa itu atau dengan hartanya, dan jika kanak-kanak itu belum dewasa telah mencapai umur membolehkannya untuk membuat sesuatu pilihan yang bijak, maka Mahkamah boleh menimbangkan pilihannya itu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.