ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 3 - PROSES MAHKAMAH UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Saman



Seksyen 29. Saman: bagaimana disampaikan.

(1) Saman hendaklah, jika boleh, disampaikan sendiri kepada orang yang disaman dengan menunjukkan kepadanya saman yang asal dan dengan memberikan atau menghantar-serah kepadanya suatu salinan saman itu yang telah dimeteraikan dengan meterai Mahkamah.

(2) Tiap-tiap orang kepada siapa saman telah disampaikan, hendaklah jika dikehendaki oleh pegawai penghantar, menandatangani penerimaan salinan tersebut di bahagian belakang saman yang asal.

(3) Jika orang yang disaman tidak dapat dijumpai setelah usaha yang sewajarnya dijalankan, maka saman itu bolehlah disampaikan dengan meninggalkan untuknya salinan saman itu dengan salah seorang daripada ahli keluarga yang dewasa atau orang gaji yang tinggal bersama dengannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.