ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XIV - KETERANGAN
BAB 2 - SEPINA



Seksyen 110. Kehadiran orang dalam tahanan sebagai saksi atau pihak.

(1) Suatu permohonan untuk perintah supaya seseorang yang ditahan dengan sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa, dikemukakan di hadapan Mahkamah bolehlah dibuat kepada Mahkamah secara ex-parte melalui notis yang disokong dengan afidavit dalam Borang MS 23.

(2) Kecuali diperintahkan selainnya oleh Mahkamah, kos membawa saksi dalam penjagaan selamat ke dan dari Mahkamah hendaklah terlebih dahulu dibayar oleh pihak yang atas permohonannya perintah itu dikeluarkan dan hendaklah menjadi kos dalam kausa.

(3) Suatu perintah untuk mengemukakan orang tersebut hendaklah dalam Borang MS 24.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.