ENAKMEN 13 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 3 - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 189. Bila seseorang boleh dilepaskan atas jaminan

Apabila mana-mana orang ditangkap atau ditahan tanpa waran oleh seseorang Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis atau hadir atau dibawa di hadapan suatu Mahkamah dan dia bersedia pada bila-bila masa semasa dalam jagaan pegawai itu atau pada mana-mana peringkat prosiding di hadapan Mahkamah itu untuk memberikan jaminan, maka orang itu hendaklah dilepaskan atas jaminan oleh Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis yang menjaga balai polis atau oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau oleh Mahkamah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.