ENAKMEN 13 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 8 - DARIHAL HUKUMAN DAN PELAKSANAANNYA



Seksyen 123. Penghakiman tidak boleh diubah

Tiada Mahkamah boleh, setelah merekodkan penghakiman, mengubah atau menyemak kembali perkara yang sama:

Dengan syarat bahawa suatu kesilapan berkenaan tulisan boleh diperbaiki pada bila-bila masa, dan bahawa kesilapan-kesilapan yang lain boleh diperbaiki pada bila-bila masa sebelum Mahkamah menamatkan perbicaraan pada hari itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.